
|
untuk kawan.
Monday, April 15 @ 3:20 AM | 0 Comment [s]
aku mengerti,niat engkau untuk menyatu kembali, ikatan yang terjalin selama beberapa tahun, tetapi,itu semua bukan mudah, tidak semudah yang engkau sangkakan, walaupun aku sendiri tidak mengetahui bukannya aku tidak memaafkan, telah ku cuba sedaya upaya untuk melupai walaubagaimanapun, terdapat sedikit yang masih berbekas di hati kerana melupakan tidak semudah memaafkan namun kawan, janganlah engkau risau, kerana aku telah merelakan semuanya tiada apa-apa yang tinggal antara kita, jadikanlah ia sebagai satu memori bersama, kerana tidak banyak memori yang telah kita bina. dan maafkan aku kawan, sekiranya aku masih melatah, sekiranya perkara lama diulang-ulang, aku juga mahu engkau mengerti, bahawa bekas dihati masih memerlukan waktu untuk dipulih kembali, memandangkan aku hanya insan biasa, aku tidak mampu melupakan semuanya dalam sekelip mata. andainya engkau membaca tulisanku ini, aku ingin engkau tahu bahawa aku telah memaafkan semuanya, cuma aku tidak mampu untuk membuang semuanya sekelip mata kerana aku masih memerlukan waktu dan berharap waktu dapat merubah segalanya terima kasih kawan, aku sanjungi niat sucimu itu, aku hormati setiap keputusan yang engkau putuskan buatku :) |
![]()
![]()
![]() |