FAQs once you're a medical student.
i took tis fr 1 of my medic senior.even dari org yg lain,tp smua isi2 pnting still same. have fun!
Assalamualaikum. salam sejahtera. ok. aku nk story sikit la kat sini coz dah penat dah nk menjawab these FAQs yg slalunya ditujukan kat aku especially oleh saudara mara dan jiran tetangga aku yg concern dgn apa yg aku tgh study sekarang. bukan nk salahkan mereka sbb mmg tak ramai dalam komuniti aku ni yang amek medik and even among family members aku pun mmg tak ramai. so every time diorg tanya, aku jawabla walaupun soalan tu dah berkali-kali orang yang sama tanya. so now, let me reveal the FAQs:
1. Berapa tahun course medik ni eh? berapa lama lg nak habis?- 5 tahun. insyaallah. tu pun kalau tak sangkut mana2 exam. course medik ni ada 3 phases kesemuanya. phase I, phase II and phase III A and IIIB. Phase I = 1st year, phase II= 2nd year, phase III A= 3rd year and phase III B= 4th and 5th year. about exam will be discussed further in other question.
- lagi satu, kitorg xpakai sistem semester tapi sistem penggal (Term).
- berapa lama lagi nak habis? soalan ni slalu org tanya dan yg x boleh bla, org yang sama tanya. bukan ape, tp boleh kira kan. contohnya, satu hari tu ada sorg ni tanya, bila habis belajar? then 2 bulan lepas tu tanya lagi. padahal aku dah bgtaw dah, insyaallah ____tahun lagi. mungkin diorg ni lupa kot. haihhh.. ahaha..
2. Macam mana nak buat medik? Dari diploma ke, matrik ke form 6 ke? - ada byk cara. lepas je SPM, pelajar boleh je mohon matrik, asasi, form 6 (of course science stream ye). diploma perubatan aku tak sure pulak ada ke tak. ikut la institusi pengajian tinggi yang tawarkan course tu. macam aku, aku buat asasi Sains Hayat kat PASUM. asasi ngan matrik ni sebenarnya sama je. lepas tu kalau result ok, boleh la mohon medik. kalau nk pegi oversea, lepas SPM pun boleh (under JPA, MARA etc). tp kena buat A-level dulu 2 tahun. pointer cukup, boleh la fly. kalau tak, sayonara oversea. cara2 aplikasi sila rujuk di internet atau guru kaunseling sekolah anda ok.
3. Time aku ada kat rumah, o rang mesti tanya: LAMA ke cuti? - ni soalan sensitif bagi budak medik especially aku. cmni sebenarnya. untuk 1st year ngan 2nd year, kalau WEEKENDS tu memang free. so, waktu cmnila aku balik rumah. ada je member2 yang tak balik rumah time ni. almaklumlah, ada yang rumah jauh, ada yang saja malas nak balik and yg paling best, ada yg tak balik sbb nk BACA BUKU. haha. yg last tu memang bukan aku la (study week exception ye).
- so about cuti, malas lah nak cerita tp kena bgtaw jugak. cuti kitorg ni mmg limited edition punya. dah la tu, exclusive pulak. bila budak course lain tak cuti, kitorang cuti! dan sebaliknya. selalunya, kitorg cuti ade la seminggu ke 2minggu. itupun selalunya lepas exam. kira post-exam punya cuti la. klaw budak course lain, cuti diorg kaw punya. berbulan-bulan. =/
- lagi sadis bila dah naik phase IIIA & IIIB. (3rd year, 4th year and final year). time ni dah masuk clinical-year and practical-base. so kebanyakan masa dekat ward. untuk phase IIIB, ada on-call. weekends pun kadang2 ada. cuti berbulan? tak payah mimpi la. cuti 3 hari pun susah. so bila ada waktu free tu, kira dah bersyukur sangat.
4. Ko amek medik kan? so, MBBS tu apa? apa beza dgn MD? which one is better? - Ok. MBBS ngan MD tu sama je basically. it's just the matter that some of the institutions offer MBBS while some others offer MD. For example, my university (Uiversity of Malaya) offers MBBS or to be clearer: Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery. one of the local universities that offers MD (Doctor in Medicine) is UKM.
- maybe apa yg berbeza ialah sistem pembelajaran. macam kitorg, kitorg guna integrated system. universiti lain ada jugak yg guna block system. yg ni kena tanya budak yg kat unversiti lain la.
- so MBBS kat u aku ni, kitorg belajar semua. (memang la kan, takkan belajar sikit je). tak maksud aku cmni: 1st year for example, kitorg belajar Anatomy, Physiology and Biochemistry. untuk Anatomy, kitorg belajar ikut region: Upper Limb, Thorax, Lower Limb,Abdomen, Pelvis & Perineum, Head & Neck. so for every region, we learn about everything ie: blood supply, nerves muscles, bones, etc. as for Physiology and Biochemistry, we learn according to system ie : Respiratory System, Cardiovascular System and lots more.
- untuk 2nd year, subjek tambah lagi 1. so altogether ada 4 ie: Pathology, Pharmacology, Parasitology and Medical Microbiology.
- so these 2 years, we learn everything about theories. these stuffs will be brought into clinal years.
5. Exam ko macam mana? x faham la. - who likes exam kann? argghh. stress bila nk cerita pasal exam.
- Phase I : ada 2 exam besar. Part A and Part B. (kira mcm exam 1st sem and 2nd sem la) pastu ada 3 tests: CONASS kitorg panggil aka Continous Assesments. yg ni bole kira mcm mid-sem test la. Untuk Part A and Part B, ada 4 paper. Paper 1- MCQs, Paper 2&3- Short-Answer Questions, Paper 4- Spot n OSPE.
- Phase II : pun sama. ada Part A and Part B. tp Conass ada 1 je. Part A and Part B ada 3 paper. Paper 1- MCQs + SAQs, Paper 2- SAQs, Paper 3- OSPE. (panjang gilerrr kalau nk ak explain every paper ni)
- Phase III : tak taw lagi la. baru nk masuk phase III A bulan Julai ni. (padahal senior aku dah byk kali cerita cmne exam diorg, stil aku tak phm2 gak) yg penting aku tau ada End-of-Posting Exam.
- apa yang pernah aku alami (perghh, ayat nk bombastik) MCQ memang sgt xboleh bla. satu soalan MCQ ada 5statements and you have to answer whether it's True or False. Kalau jawapan betul=1 markah, salah= -1markah, tak jawab=0markah. (hebat tak hebat tak) SAQ pulak, hmmm, letih woo nk jawab. aku igt ada 1 paper SAQ tu pernah sampai 42mukasurat and kena jawab dalam masa 3jam!! ishhh.. memang serius mencabar. bukan la nk kata apa, tapi kalau dapat jawab dalam masa yg diperuntukkan alhamdulillah. memang x cukup masa beb! kalau cukup masa pun, itu maknanya, ada soalan tu tak taw nak jawab ape. so tu yg lebih masa tu.
6. pointer ko berapa? 4flat???? - der, kitorg x pakai pointer la. zaman guna pointer ni hanya di asasi/matrik je bg kami nih. kitorg pakai PASS/FAIL. senang cter. senang??? hmmm.. speechless.
- markah akan dikumpulkan dari Part A, Part B, Conass, CFCS etc etc la.
- so final akan dikira. if your percentage :
- >50%=PASS (Grade: A,B,C)
- 45.1%-49.9%=BORDERLINE (Grade: D)
- so, tak kira la ape, target mesti mau pass. masa mula2 masuk dulu, hmmphh..target semua nk dapat A. tp apakan daya, FAIL tu mcm lg 'achievable'. kira dah biasa dah kalau fail. dah tak hairan dah. tak mcm kat skolah dulu. A ngan B senang2 dalam tangan. untuk kitorg budak medik, getting 'fail' doesn't mean that the person is stupid or what.. it's just nasib. yupp. Allah yang tentukan semuanya kan?
- kalau Part A fail, ada chance lg nk pass utk Part B coz untuk Part B, die kira semua termasuklah, PBL, CFCS etc. (term2 ni mls nk cter lebih cuma nk bgtaw PBL, CFCS semua ni bukan exam. kira mcm kerja kursus la. tp ada markah.
7. So kalau pass Part B cmne? and kalau fail pulak mcm mane? - Kalau pass, alhamdulillah. boleh proceed ke phase seterusnya. sebelum start new phase, ada la cuti around sebulan. (course lain cuti lbih kurang 3 bulan sebelum masuk tahun seterusnya!!!)
- kalau fail kena duduk kelas and exam supplement. maknanya, time budak2 yg pass cuti, diorg ni kena g kelas and then duduk exam lagi sekali. kalau pass supplementary exam, proceed to next phase. kalau tak, repeat the whole year. yg ni la akan membuatkan course ni dari 5 tahun jadi lebih.
- kalau dapat D pulak (borderline), kena duduk viva.
- Viva? ape tu? kereta kah?? tak, viva ni actually oral-exam la kiranya. lecturer untuk setiap subjek ada and akan tanya apa2 yg diorg suka. kalau dpt jwb, boleh pass otherwise, fail. viva ni penting untuk pastikan kita x fail sbb kalau fail, supplement la jawabnya.
8. Bila praktikal? kat mana? apa yg korg buat time praktikal? - as stated before, practical starts once u enter clinical years (phase III).
- tapi ramai yang confuse. praktikal kitorang ni bukan HOUSEMANSHIP period ok. itu lain. itu dah kerja. kitorg still belajar lagi. kira student lagi. HOUSEMAN tu dah grad, boleh panggil doctor and dah start dapat gaji.
- kitorg (Medik UM) utk phase III A, kitorang belajar kat Klang. Hospital Tuanku Ampuan Rahimah to be specific. Phase III B kitorg kembali ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
- apa yg kitorg buat? POSTING ikut departments. ikut doktor, prof etc. ada case-study and macam2 lagi lah. yg selanjutnya, tak boleh nk cerita lebih sbb aku pun tak masuk clinical year lg kan. akan taw once aku masuk this july!! weehooo..
9. oh, nanti kalau jumpa kat hospital boleh la rawat pakcik/makcik/akak/abang kan kan kan? x payah susah2 nk jumpa doktor lain. - wah, ni kes berat. bukan taknak. tapi tak boleh la pakcik/makcik/abang/kakak/adik/anak buah etc etc. time kitorg clinical year tu, kitorg belum jadi doktor lagi. kami baru belajar at this stage. treatment yang sepatutnya akan diberi daripada doktor yang bertauliah, yang dah ada lesen. kami ni masih hingusan. setakat nk nasihat, nk tau lebih lanjut pasal penyakit tu insyaallah boleh. =)
10. kenapa nak jadi doktor? - dalam byk2 soalan, bagi aku ni yang paling susah. nak kata cita-cita dari kecik, tak jugak. mak ayah paksa pun tidak. entahlah. mungkin dah rezeki saya di sini untuk jadi doktor. wallahu'alam.
11. tak takut ke tengok darah, mayat?? - to be honest, yes, aku ni fobia ngan darah. tp alhamdulillah, sekarang tak lagi!
- mayat? ohh, masa 1st year dulu, kitorang guna mayat yg dah di-awet untuk belajar Anatomy. mula2 tu adela sikit cuak. lepas lama2 seronok pulak. belaar pun in group.
- tapiiiiiiiii, tgk mayat yg 'fresh' tak pernah lagi la. blom masuk pun lagi bilik mayat.
12. kenapa tak buat medik kat oversea? - obviously aku tak dapat tawaran la! perlu ke tanya lagi? hahahaha.. dah rezeki aku bukan ke oversea tp local je. ini pun syukur alhamdulillah. He knows better la. lagipun ada baiknya. aku ni kalau nak tau, ahli PBSM ( ahli persatuan balik setiap minggu). so bayangkan kalau kat oversea cmne? takke homesick? inilah sebabnya aku tinggalkan SBP dulu. homesick macam ape je.
13. Tak susah ke medik? - dalam dunia ni mana ada benda yg senang. tak dinafikan. medik ni mmg susah. tp fun. biasalah, exam tu mmg susah. nak tak nak kena belajar bersungguh-sungguh (wah, mcm dr. fadzillah kamsah pulak).
14. nanti dah habis ni jadi doktor apa? - general practitioner dulu la. sebab kalau nak jadi specialist kena amik course master pulak. tambah lagi 2-3 tahun.
- ramai gak yg igt lepas ni boleh terus jd pakar jantung/pakar sakit puan etc. tp, tu lambat lg. insyaallah. doakan ye.
- setakat ni aku tak terfikir lagi nk specialize part mana. haihhh.. bersabar ya tuan tuan dan puan puan.
15. sekarang belajar duduk luar ke dalam kampus? - ni advantage nya jadi budak medik. senang dapat duduk kat kolej in campus. especially bila dah masuk clinical years.
16. wahh, nanti gaji besar. boleh la beli kereta besar, rumah besar. - ohh, sebenarnya gaji doktor taklah sebesar mana. tak sebesar gaji-gaji para businessman, engineers, architects especially mereka yg kerja dgn firma-firma yg mantap. tp bg aku, gaji tu bukan penentu segala-galanya. yea, duit memang penting utk sara kehidupan yg penuh pancaroba ni tp still, niat kita tu yg pnting.
- after grad, kitorg pemegang2 biasiswa JPA ada kontrak utk berkhidmat dgn kerajaan utk 10 tahun. so, xleh la nak lari g private hospital.
- tp org kata kalau bukak klinik masyuk! hmm.. tu pun kena beberapa tahun kerja dulu baru boleh bukak klinik.
- see, who says doktor kaya raya. depends la. kalau doktor tu specialist ke consultant ke, tamba pulak kerja dengan hospital swasta, memang boleh buat duit lah. boleh buat rumah besar2, then panggil 'kak nita' dtg rumah utk rancangan 'ASTANA' wakakakaka!
- yg penting kita happy dgn kerja ok la. nk kete besar, rumah besar tu kalau ada rezeki ada lah. =)
17. org cakap doktor ni kahwin la mbat. betul ke? - jodoh, ajal, maut semua di tangan Tuhan. ada je yg dah kahwin time belajar lagi. ape cer?? cecite.. hahaha.. see, tak semestinya asal doktor je kahwin lambat. kuno la beb! haha
18. best tak buat medik ni? 19. budak medik nerd. komen anda? - yeke?? stigma org je kot. bila ckp medik je mesti igt kitorg ni ulat buku, pakai specs tebal, butang baju sampai atas, tak taw dunia luar.
- eh, hello! mana ade ok. dunia skrg dah lain. kitorg sempoi je. time belajar, pulun lah betul2, time main, smpai lupa pulak kitorg ni dak medik.
- ade je time pegi supper kat luar, main bowling, tgk movie etc. life isn't that bad after all. ada member2 aku yg slalu je jd org terawal bila satu2 movie tu baru released. siap tgk midnite lg pada hari 1st tayangan. so, ape cer? skema kah kami?? hahaha.
so, tu je la kot soalan2 yg aku slalu dapat dari jiran2, saudara mara. kadang2 tu memang gler malas nk jawab. kalau tak jawab, org kata apa pulak. so, harap notes aku kali ni dapat bg input sket la psl kehidupan medik aku dan rakan2. basically, course kitorg ni tak sama dengan course lain. =( kesian lah kat mak aku yg nak kena jawab soalan2 makcik2 kat area rumah aku ni. alhamdulillah, parents aku dah faham pasal medik ni, so diorg pun dah boleh tlg explain tiap kali org tanya. that's all for this time. maaf kalau ada silap dan salah. jawapan aku ni sume berdasarkan ape yg aku taw n rasa je. no hardfeelings ok. =)
"don't do what you love. love what you do "


Older Post | Newer Post
|
|